Rabu, 20 April 2016

Kisah Dr Mahathir & Komando Malaysia Menawan Pulau Layang - layang (Awal Tahun 80 an)



Isu Kepulauan Spratly di Laut China Selatan terus menjadi konflik besar  di rantau Asia Tenggara . Ini kerana selain negara Asean seperti  Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam , negara kuasa besar China juga  menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak.

Bagi negara tercinta kita Malaysia ,  hanya Pulau Layang-Layang  menjadi  lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan hingga kini  .

Awal tahun 80 an , tiada pun pulau layang -layang ini  .Yang ada hanyalah  terumbu karang. Tetapi hasil  kebijaksanaan bekas Perdana Menteri ketika itu iaitu negarawan ulung Tun Dr Mahathir , beliau   mengarahkan pasukan komando kita menawan terumbu itu & jadikan ia sebuah pulau .

Langkah pantas Tun mengarahkan tentera kita menguasai pulau berkenaan membuktikan kedaulatan negara sentiasa dilindungi kerajaan . 





1. Awal tahun 80an dahulu mana ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.

 2.Bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.

 3.Maka terkial-kial lah ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.

 4.Kasihan, dengan kudrat komando yang tidak seberapa (depa pun manusia juga, ada anak bini), maka kawan-kawan kita yang gagah berani menakluki Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada.

 5.Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat.

6.Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

 7.Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.

 8.Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.

 9.Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.

 10. Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.

 11. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.

12. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.

13.Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.

 14.Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.

 15.Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.

 16.Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.  

17.Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah. 

.
.
 INSIDEN DI STESYEN LIMA

 18.Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil. 38.Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau, silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam.

 19.Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja.

 20.Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China.

 21.Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan stesyen Lima tetapi tidak ada ketengangan yang wujud, kehadiran mereka dianggap tidak membahayakan tetapi langkah-langkah keselamatan tetap diambil.

Sumber dipetk dari: Media Bera Blogspot.

Isnin, 11 April 2016

Biografi Pemikiran - pemikiran Bijak Dr Mahathir Mohammed Sepanjang Pemerintahan Beliau Sebagai Pemimpin Melayu & Pentadbiran Dunia

Dr Mahathir Mohammed
     Perdana Menteri yang ke - 4 Malaysia
( 1981 - 2002 )

Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner. Di bawah pentadbirannya negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkan sebelum ini. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global.
Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28 Februari 1991 dengan bermatlamatkan "ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan".
.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Ini meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%). Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
.
Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan keindahan perlaksanaan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.
.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga tidak lupa menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. Kempen peningkatan 'Daya Pengeluaran Negara' juga dianjurkan begitu juga dasar 'Penerapan Nilai-nilai Islam' sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajaran Islam. Selain itu dibawah kepimpinannya, tertubuhlah Universiti Islam Antarabangsa yang dicetuskan oleh timbalan Perdana Menteri, Anuwar Ibrahim, dan Bank Islam. Sejak itu, Malaysia diberi penghormatan dan kepercayaan untuk mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM, Kumpulan Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996.
.
Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.
.
Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia-British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia.
Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.
.
Program pengswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha mengurangkan beban kewngan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa.
Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia' yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.
.
Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia' yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal ;Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju.
.
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia. Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'.
.
Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994.
Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.
.
Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.
.
Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.
.
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia.
.
Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.
.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia.
.
Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia.
.
Semua orang tahu Dr. Mahathir mempunyai komputer di pejabatnya, tetapi tiada siapa yang sangka bahawa beliau akan meletakan paksi dunia komputer di Malaysia.
Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dan bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia.
.
Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.
.
Dr. Mahathir juga memberikan penekanan kepada pembangunan akademik. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.
.
Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini Malaysia merupakan pelabur terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya sangat dirasai di Myanmar, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Maldives.
.
Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negara miskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsa serta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan prejudis.
Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negara dunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi spiritualnya.
.
Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya.
.
Rakyat hari ini dan generasi yang terkemudian tidak akan lupa pada Dr. Mahathir kerana 'Wawasan 2020nya'. Wawasan 2020 yang mengandungi apa yang dikatakan 'Sembilan Cabaran Utama' merupakan cita-citanya melihat rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni dan pragmatik ke arah pembentukan sebuah masyarakat maju dengan hasil jalinan keindahan spritual dan kemewahan material.
Wawasan 2020 bukan suatu sasauan, malah ia adalah satu realiti yang mana prosesnya sedang rancak berirama mengelilingi kita dengan program-program pembangunan. Bagi Perdana Menteri Dr. Mahathir, perjuangannya belum selesai kerana perjalanannya tidak pernah berpenghujung. Beliau secara realistik menjelaskan, "saya tidak akan hidup sehingga tahun 2020 tetapi saya pasti Wawasan 2020 akan dapat dicapai".
.
Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat tidak dapat dipertikaikan lagi merupakan 'Pencetus Malaysia Negara Maju'. Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara.
.
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan sering dirujuk untuk memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun. Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang membangun terhadap polisi-polisi kuasa besar politik dari Barat. Beliau memikul harapan negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik antarabangsa.

Sabtu, 9 April 2016

The Great Leadership of Tun Dr Mahathir Mohammed ( The Fourth - 4 Prime Minister Islamic Leader of Malaysia )



The autobiography Of Tun Dr. Mahathir Mohammad said he had Indian ancestry (from his father), with its origins tracing back to Kerala in India, while his mother was a Kedah-born Malay. Mahathir, however, considers himself to be a "full Malay", in line with Article 160 of the Constitution. Under Article 153 of the Constitution, Malays are granted particular rights not available to other citizens.

Mahathir first attended a Malay vernacular school before continuing his education at the Sultan Abdul Hamid College in Alor Star. Mahathir then attended the King Edward VII Medical College in Singapore, where he edited a medical student magazine called The Cauldron; he also contributed to the Straits Times newspaper anonymously under the nickname "Che Det". Mahathir was also President of the Muslim Society in the college In 1953, Mahathir entered the then Malayan government service as a medical officer upon graduation. He married Dr Siti Hasmah Mohd Ali — a former classmate in college — on August 5, 1956, and left the government service in 1957 to set up his own practice in Alor Star.
.
While in the political wilderness, Mahathir wrote his book, "The Malay Dilemma" [3], in which he sought to explain the causes of the May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur and the reasons for the Malays' lack of economic progress within their own country. He then proposed a politico-economic solution in the form of "constructive protection", worked out after careful consideration of the effects of heredity and environmental factors on the Malay race. The book, published in 1970, was promptly banned by the Tunku Abdul Rahman government. However, some of the proposals in this book had been used by Tun Abdul Razak, the second Prime Minister, in his "New Economic Policy" that was principally geared towards affirmative action economic programs to address the nation's economic disparity between the Malays and the non-Malays. The ban on his book was eventually lifted after Mahathir became Prime Minister in 1981.[.Tun Hussein Onn appointed Mahathir as Deputy Prime Minister on 15 September 1978, and in a cabinet reshuffle, appointed him concurrently as the Minister of Trade and Industry..Tun Dr. Mahathir Mohammad Mahathir became the Prime Minister of Malaysia on 10 July, 1981 when Tun Hussein Onn stepped down due to health reasons. He resigned as Prime Minister on October 31, 2003 after 22 years in office, making him one of Asia's longest-serving political leaders. Upon his retirement on 31 Oct 2003, Mahathir was awarded a "Tun"-ship, Malaysia's highest honour...
.
'' The Great Leadership He is My Idola Tun Dr. Mahathir Mohammad...''

Selasa, 5 April 2016

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah syukur kehodrat illahi Tuhan mengizinkan saya untuk menubuhkan Blogspot ini...Blogspot Wan Idola Dr Mahathir Mohammed ini ditubuhkan adalah sebagai simpanan saya sebagai menghargai  & mengkagumi kehebatan Dr Mahathir Mohammed selaku Idola saya Tokoh Korporat yang sangat Hebat & dihormati..saya sering tertanya-tanya bagaimanakah beliau boleh menjadi seorang pemimpin yg Berjaya dan mempunyai idea-idea pemikiran yg sangat Menakjubkan apakah resepi-resepi beliau..beliau merupakan Tokoh Korporat bangsa Melayu yang banyak menyumbangkan kejayaan-kejayaan dan Modal insan bagi institusi Dunia Melayu & Dunia Islam..blogspot ini juga bertujuan bagi menunjukkan akan kejayaan-kejayaan beliau dan mencatatkan segala idea pemikiran-pemikiran beliau didalam Dunia Kepimpinan sehingga beliau menjadi seorang Tokoh Korporat yang dihormati & disegani.